Aug 28, 2025 - FASSelangor FC tidak berjaya membawa pulang tiga mata dari Stadium Sultan Tuanku Rahman, Paroi selepas tewas 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super 2025/26 semalam.
Perlawanan bermula dengan beberapa percubaan daripada kedua-dua pasukan sebelum Selangor FC mendahului dengan jaringan sulung #NSESFC pada minit ke-12 selepas Richmond Ankrah menyudahkan hantaran Mohammad Abualnadi dengan menanduk masuk bola ke gawang daripada bermula daripada sepakan penjuru Alvin Fortes. Pasukan terus membuat percubaan demi percubaan sehingga hujung perlawanan, namun, pemain gantian Negeri Sembilan FC, Mio Tsuneyasu, menyamakan kedudukan pada minit ke-83 dan menjaringkan gol kemenangan buat The Jangs pada minit ke 90+6.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, akui pasukan dihukum namun berharap pasukan terus bersatu untuk pamerkan aksi lebih baik dalam perlawanan seterusnya.
“Serangan demi serangan dibuat terutamanya daripada Faisal Halim dan Chrigor Moraes amat memberansangkan tetapi kita tidak berjaya menambah jaringan sehingga dihukum. Keadaan tanpa jaringan memberi keyakinan kepada pihak lawan, menjadikan mereka semakin kuat dan akhirnya menjaringkan gol penyamaan serta gol kemenangan.
Kita mungkin tewas untuk aksi kali ini, tetapi para pemain perlu terus kekal bersatu dan bangkit semula dengan persembahan yang lebih baik dalam perlawanan seterusnya,” jelas beliau semasa sidang media selepas perlawanan #NSESFC
Seterusnya, skuad Merah Kuning masih mempunyai baki satu perlawanan menentang Terengganu FC bagi aksi keempat saingan Liga super 2025/26 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada jam 8:15pm, sebelum memberi laluan kepada panggilan Kebangsaan bagi bulan September 2025. Dapatkan tiket perlawanan #SFCTER di: link
Pihak Selangor FC harap kekalahan ini bukanlah penghalang kepada pasukan untuk terus bangkit dan berjuang demi kelab. Gerak terus, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!